ALOR SETAR- Penderitaan selama empat bulan, berakhir
Rabu lepas apabila pihak polis menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang
berusia lima tahun daripada terus menjadi mangsa deraan ibu angkatnya. Hal ini terbongkar
sehingga menjadi kes polis selepas salah seorang daripada jiran mangsa
membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk melakukan pemeriksaan. Hasil
pemeriksaan mendapati badan dan mata kiri kanak-kanak tersebut lebam-lebam.
Lebih memilukan dan menyayat hati apabila kemaluan kanak-kanak itu mempunyai
kesan torehan.
Penderaan boleh didefinisikan
sebagai dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan pada golongan
kanak-kanak. Isu penderaan kanak-kanak sudah tidak lagi asing di Malaysia malah
isu seperti ini juga disifatkan tiada penghujungnya. Saban hari ada sahaja
berita mengenai penderaan kanak-kanak yang dipaparkan di media cetak mahupun
media elektronik. Menurut kajian, bilangan kes penderaan kanak-kanak kian
meningkat dari semasa ke semasa. Kebiasannya kanak-kanak yang didera berumur
lingkungan bawah 12 tahun.
Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, peningkatan dalam penderaan kanak-kanak tahun lalu sebanyak 3831 orang yang menjadi mangsa meningkat kepada 403 orang tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim berkata, statistik ini adalah berdasarkan laporan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kebiasaanya kes yang dilaporkan dan sering diterima oleh pihaknya adalah kes yang melibatkan penderaan fizikal, emosi, seksual termasuk kes kanak-kanak dibuang.

Penderaan
fizikal di sini boleh dirujukkan sebagai suatu fenomena sosial yang bermaksud
keganasan yang dilakukan secara fizikal. Keganasan yang dilakukan boleh
menyebabkan mangsa atau kanak-kanak yang didera akan mengalami kecederaan
seperti lebam yang teruk, patah tulang, kecederaan otak,dan sebagainya. Malah
kes penderaan yang teruk juga akan membawa kepada maut atau kanak-kanak akan
cacat akibat penderaan yang dilakukan.
Menurut Ammermen dan Hersen (1990), “ faktor tambahan yang memainkan peranan penting dalam mendisplinkan penderaaan fizikal adalah pendekatan disiplin dalam kalangan ibu bapa sendiri.”
Menurut Ammermen dan Hersen (1990), “ faktor tambahan yang memainkan peranan penting dalam mendisplinkan penderaaan fizikal adalah pendekatan disiplin dalam kalangan ibu bapa sendiri.”
Selain itu, hak perlindungan ke atas kanak-kanak di Malaysia telah pun
ditubuh pada tahun 1947 dengan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Akta Mahkamah
Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan
Kanak-Kanak pada 1991. Namun sejajar dengan peredaran semasa dan perkembangan
dunia, terdapat keperluan untuk mengubah hala tuju konsep perlindungan terhadap
kanak-kanak iaitu dengan terlaksananya satu akta yang khusus dan komprehensif
mengenai kanak-kanak telah pun digubal dan diluluskan iaitu Akta Kanak-Kanak
2001 yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2002.
Kesimpulannya, ibu bapa sebagai orang yang dewasa serta yang telah mempunyai akal fikiran yang matang seharusnya sedar bahawa anak-anak bukanlah barang hiasan atau boneka tidak bernyawa yang boleh diperlakukan sesuka hati. Jangan nanti apabila menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan, nyawa anak sudahpun hilang dan tidak mampu untuk dikembalikan semula. Bak kata pepatah ‘nasi sudah menjadi bubur’.